KLANG: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) melaksanakan langkah kawalan berkala bagi mengatasi gangguan burung merpati di kawasan hospital.
Menurut HTAR, langkah yang diambil termasuk pemangkasan pokok, pemantauan berterusan serta kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.
Pihak hospital memaklumkan burung merpati dan gagak menjadikan pokok di sekitar hospital sebagai habitat.
Keadaan itu boleh menyebabkan burung memasuki bangunan hospital secara tidak sengaja.
HTAR menegaskan usaha kawalan akan diteruskan bagi memastikan persekitaran hospital kekal selamat, bersih dan kondusif seperti dipetik Bernama.



