KUCHING: “Mungkin Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan ‘kurang waras’ kerana tidak tahu bagaimana perlembagaan berfungsi.
Demikian sindiran Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berkata, kenyataan Voon untuk kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh menukar kedudukan ‘TYT Sarawak’ kepada ‘Sultan’ tidak masuk akal.
“Beliau (Voon) seorang peguam dan datang dengan idea bahawa Sarawak mungkin akan mempunyai kesultanan sendiri. Kemungkinan beliau sudah ada nyanyuk sedikit.
“Beliau seorang peguam yang sangat senior, yang tahu tentang bagaimana perlembagaan negeri berfungsi, tidak mungkin kita boleh menukar TYT menjadi kesultanan. Itu benar-benar gila. Dan ia hanya boleh datang dari orang gila,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan Voon yang menyatakan GPS 24 boleh menukar kedudukan TYT Sarawak kepada ‘Sultan’. parti yang angkuh, di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Voon yang berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai sebuah parti yang angkuh, Karim menyatakan parti mereka sebagai “parti nyamuk” adalah fakta yang perlu diakui.
“Dengan menyatakan bahawa parti anda (PBK) adalah parti nyamuk, itu tidak bermakna kami (GPS) angkuh dan mereka harus mengakuinya… Mereka telah bertanding dan kehilangan deposit, jadi apa yang nak kita katakan?
“Voon Lee Shan, saya terkejut bahawa beliau mula membebel.. mungkin usia semakin mengejarnya,” katanya lagi.


