TINDAKAN pelakon Datin Intan Najuwa berseloroh memarahi anaknya, Imane Lunara, dengan nada lembut mencuri perhatian ramai.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Intan berulang kali menyebut “Hanger mana hanger?” dalam nada bergurau sambil memujuk Lunara yang hampir menangis.
Video berkenaan menjadi tular di TikTok dan meraih lebih 6.2 juta tontonan setakat ini.
Rata-rata netizen terhibur dengan cara Intan melayan kerenah Lunara dengan lembut dan manja.
Bukan itu sahaja, ramai pengguna TikTok turut membuat parodi versi sendiri, membandingkan gaya lemah lembut Intan dengan realiti ibu-ibu yang lebih tegas ketika mencari ‘hanger’.



