ARTIKEL

SEDIA GEMPUR... Barisan pemain utama Gedong Unity.

‘Gedong Unity’ sedia kejutkan SPFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab handalan, Gedong Unity siap sedia untuk mengharungi gelora sebenar aksi final kempen Liga Serian 2024 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Serian Sabtu ini (16 November).

Turun dengan fokus mahu mencipta kejutan ke atas lawan iaitu SPFC@Serian Police Football Club, sekali gus bakal terpahat sejarah buat kelab yang semakin digeruni kredibiliti mereka ketika ini di peta dunia bola sepak tempatan andaikata misi tersebut berjaya direalisasikan.

Jurulatih berpengalaman luas itu sesungguhnya mengharap momentum cemerlang sebagai mana pernah ditampilan anak-anak buahnya pada dua aksi penting (suku & separuh akhir) sebelum ini dapat berulang pada Sabtu nanti.

Sekali pun, jauh disudut hati tersedia jalan mudah buat kelab yang dibarisi ramai pemain muda itu mengambil kira lawan yang diakui mantap segenap posisi dengan diperkuat pemain ternama.

“Misi untuk cuba memenangi perlawanan akhir menentang SPFC@Serian Police Football Club Sabtu ini.

“Bukan tugas yang mudah mengambil kira pasukan lawan yang diakui mantap disegenap posisi selain dibarisi ramai pemain berpengalaman,” ujar Rozaini kepada Arena Suara Sarawak.

Namun, pengemudi berpengalaman itu melihat peluang buat anak-anak buahnya beroleh keputusan positif tetap terbuka.

Apa yang diharapkan, barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan pada perlawanan hujung minggu ini dapat menterjemah strategi rahsia yang akan diguna pakai sepanjang tempoh 90 minit pertarungan sebenar nanti.

Rozaini baharu sahaja melalui reputasi hebat selepas mencipta sejarah memastikan pasukan muda MSSM Zon Serian menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Rebutan Yayasan Sarawak 2024.

Aura tersebut (juara) diharap berterusan untuk perlawanan penamat pasukan Gedong Unity musim ini.

Untuk rekod, Gedong Unity berjaya mara ke final selepas menumpaskan Black Rovers (3-0) pada aksi separuh akhir.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU