ARTIKEL

Gelaran Ratu Camilla mula diguna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Gelaran Ratu Camilla dilaporkan mula digunakan secara rasmi pada kad undangan sempena istiadat pertabalan Raja Britain, Raja Charles III pada 6 Mei ini.

Kad jemputan yang dicetak menggunakan kertas kitar semula itu dihantar kepada kira-kira 2,000 tetamu untuk istiadat pertabalan yang berlangsung di Westminster Abbey di London, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Menurut laporan, selepas istiadat pertabalan itu Permaisuri Camila akan dikenali ‘Ratu Camila’.

Pada Februari tahun lalu, mendiang Ratu Elizabeth II pada ulang tahunnya yang ke-70 pemerintahannya bertitah bahawa Duchess of Cornwall Camilla wajar diberikan gelaran Ratu sebaik Raja Charles dinobatkan sebagai Raja.

Menjelang istiadat pertabalan itu gambar rasmi baharu pasangan diraja itu turut dikeluarkan pada Selasa. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan