ARTIKEL

Gempa Bumi 6.9 Magnitud Landa Iwate, Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda Wilayah Iwate di timur laut Jepun pada Khamis, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Gegaran itu berlaku pada 7.30 pagi waktu tempatan di luar pantai timur Iwate pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, berukuran 6 atas pada skala seismik Jepun 7 di Bandar Hashikami di Wilayah Aomori, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gegaran jelas dirasai di Tokyo.

Pusat gempa terletak pada latitud 40.2 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan. – BERNAMA-XINHUA 

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU