ARTIKEL

Kredit: MetMalaysia | Bernama

Gempa bumi Batu Pahat: Gegaran dirasai empat Negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 yang berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.55 petang semalam dirasai di empat negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta kawasan sekitarnya.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi berkenaan berada di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu dan memohon invididu yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/srRv7tUEPow3Wmts5 — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU