ARTIKEL

Gempa bumi kuat di Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer (km) Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42 km.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bermagnitud 8.7 itu berlaku 126 km ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky.

Media antarabangsa melaporkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU