ARTIKEL

Kredit: FB Malaysian Meteorological Department

Gempa bumi kuat landa Utara Laut Maluku, Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.48 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi hantaran di Facebook, MetMalaysia memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) pada jarak 128 kilometer (km) dari Bitung.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“MetMalaysia sedang memantau kejadian ini,” menurut hantaran itu. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU