Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Selatan Laut Maluku pada 8.38 malam tadi.
Gempa 5.3 magnitud itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer di koordinat 0.4 darjah selatan, 124.4 darjah timur dengan jarak 177km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.
Pun begitu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.



