ARTIKEL

GENGGAM PhD DI KOREA SELATAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»KOREA SELATAN mempunyai keunikan sendiri terutamanya bagi penggemar K-Pop dan K-Drama.

Namun, siapa sangka minat mendalam untuk melanjutkan pelajaran ke mendorong pemuda dari Kuala Balingian ini menimba ilmu di Korea Selatan.

Mohd Kaswandee Razali, 30, berjaya menamatkan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa di Universiti Kebangsaan Gyeongsang, Korea Selatan.

“Perjalanan belajar di Korea Selatan bermula apabila saya didedahkan dengan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

“Kemudian, saya mendapat tawaran dan lulus temu duga untuk menyertai Biasiswa Korea Global (GKS), Pelajar Kejuruteraan dan Negara Asean oleh Kerajaan Korea (KGSP).

“Program ini hanya terbuka kepada 10 negara Asean khusus dalam bidang Sains dan Kejuruteraan selama dua bulan.

“Apabila terpilih menjadi salah seorang daripada tiga peserta mewakili Malaysia, saya tidak dapat menggambarkan perasaan ketika itu,” katanya kepada Suara Sarawak.

Katanya, pengalaman ini seperti mimpi menjadi kenyataan apabila dia terpilih sebagai ketua kumpulan kepada beberapa peserta lain dari Filipina, Vietnam dan Laos sekali gus mendapat tempat pertama dalam pertandingan sepanjang program itu berlangsung.

Dedahnya, disebabkan kemenangan itu, pensyarah di Korea Selatan berminat dan menghubunginya untuk melanjutkan pelajaran bersama beliau dengan tajaan Korea Selatan sepenuhnya sehingga berjaya menamatkan pelajaran ke peringkat PhD.

Ujar Kaswandee, untuk beradaptasi dengan keadaan di negara asing bukanlah perkara yang mudah.

“Banyak pengorbanan perlu dilakukan terutama masa dan perasaan berjauhan dengan keluarga.

“Pertama kali menjejakkan kaki ke Korea Selatan tentunya saya berasa gembira dan teruja kerana mimpi menjadi kenyataan

. “Tetapi dalam masa yang sama, agak berat untuk meninggalkan keluarga di Sarawak.

“Syukur Alhamdulillah, saya dipertemu dengan sahabat yang banyak membantu menyelesaikan urusan diperlukan,” katanya lagi.

KOMUNITI ISLAM

Tambahnya, makanan, cuaca dan komunikasi menjadi perkara utama untuk beradaptasi.

“Makanan halal agak sukar diperoleh.

Saya diperkenal dengan komuniti Islam serta belajar daripada mereka cara untuk beradaptasi makan dan minum di Korea Selatan.

“Saya didedahkan dengan saluran sumber makanan halal dan pesanan dalam talian.

“Barang halal agak mudah didapati sekiranya tahu menggunakan aplikasi mereka, tetapi saya sering memasak untuk lebih jimat dan mengikut seleras sendiri,” ujarnya.

Korea Selatan merupakan negara empat musim dan ketika musim sejuk, suhu minimunnya mencecah -10 darjah Celcius, manakala maksimum 12 darjah Celcius.

Pada bulan pertama di Korea selatan, Kaswandee sering demam dan selesema.

Justeru, untuk beradaptasi dengan cuaca sejuk, teknik pemakaian, kediaman, sistem aturan suhu lantai dan penyaman udara panas harus digunakan dengan betul.

CABARAN BAHASA

Komunikasi masyarakat di Korea Selatan menggunakan bahasa Hangul.

Pada semester pertama, agak sukar baginya untuk mengikuti pembelajaran bahasa tersebut. Lama-kelamaan, mudah baginya berkomunikasi dan memahami bualan antara satu sama lain.

Mereka memahami dengan baik bahasa Inggeris, tetapi sukar untuk membalas balik dan lebih memilih menggunakan bahasa Hangul.

“Perkara ini menjadi cabaran utama bagi saya sepanjang belajar, tetapi doa yang tidak putus daripada semua dan berkat ibu bapa menjadi kunci utama untuk bertahan di negara orang.

“Manusia berbudi, bersifat baik dan suka membantu orang lain memainkan peranan untuk mencapai kejayaan.

Walaupun kita berusaha, tetapi sekiranya tanpa berkat, kita tidak mampu meneruskannya.

“Untuk sampai ke tahap ini, saya menjadikan ibu bapa sebagai inspirasi melanjutkan pelajaran sehingga bergelar graduan PhD,” ujarnya lagi.

Ujarnya, kejayaan dimiliki pada hari disebabkan kekuatan dalam diri dan tidak putus asa menempuh dugaan.

Selain itu, terdapat persoalan dalam diri yang dijadikan motivasi untuk terus berjaya.

“Mungkin zaman mereka tiada peluang, mungkin zaman mereka tidak nampak jalan, mungkin kita yang pertama dalam keluarga, mungkin kita anak seterusnya, mungkin, mungkin dan mungkin.

“Doa ibu bapa, penyelia, ahli keluarga dan sahabat membantu dalam kejayaan ini terutamanya ibu bapa kerana impian mereka untuk melihat saya naik ke pentas sebagai graduan PhD sangat tinggi.

“Pada masa yang sama, iman, akhlak dan menjadi hamba bertakwa serta berbudi juga menjadi kunci utama kejayaan,” Katanya.

Tambah Kaswandee, ujian dan dugaan pasti ada, cuma dibezakan dengan situasi dan kita perlu berusaha untuk mencari jalan keluar.

Justeru, teruskan berusaha melakukan yang terbaik dalam apa-apa jua bidang diceburi, bersikap baik dan jangan lupa jasa ibu bapa.

BERITA LAIN

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Satu panggilan, simpanan lesap

BAYANGKAN satu panggilan telefon yang kedengaran begitu meyakinkan apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan. Nada percakapannya tegas,

BERITA TERBARU