ARTIKEL

Geran Kesihatan RM10,000 untuk Wartawan NSJA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) telah menerima geran tahunan sebanyak RM10,000 bagi memastikan kebajikan ahli sentiasa terjaga.

Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Lee Kim Shin, berkata geran itu bertujuan membantu ahli NSJA menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dengan tuntutan maksimum RM200 seorang di mana-mana klinik.

“Sedia maklum bahawa pekerjaan sebagai wartawan menuntut komitmen yang tinggi selain sering sibuk di lapangan.

“Adalah penting untuk semua ahli mengutamakan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena kunjungan hormat NSJA ke pusat khidmatnya di Permyjaya di sini, hari ini.

Lee, yang juga ADUN Senadin, turut menggalakkan ahli memanfaatkan sepenuhnya kemudahan tersebut serta menekankan kepentingan pengesanan awal masalah kesihatan.

Menurutnya, geran itu telah disediakan secara konsisten sejak 2016 sebagai tanda penghargaan terhadap peranan wartawan dalam masyarakat.

Sementara itu, Presiden NSJA, Chai Chon Chin, menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan terhadap persatuan, khususnya dalam menjaga kebajikan ahlinya.

“Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan, dan geran ini telah disediakan secara konsisten untuk manfaat kesihatan ahli NSJA sejak 2016,” katanya.

Dalam pertemuan itu, NSJA turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Lee untuk menghadiri Majlis Makan Malam Gala pada 25 April sempena ulang tahun ke-50 persatuan tersebut.

Hadir sama, Timbalan Presiden NSJA merangkap Pengerusi Penganjur majlis, Clare Cinderella, serta beberapa yang lain.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi