ARTIKEL

Royston (tengah) menyerahkan geran MRP DUN Tellian kepada salah seorang penerima, hari ini.

Geran MRP perlu digunakan sebaik mungkin, laksanakan aktiviti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang diberikan perlu digunakan sebaik mungkin dan bermanfaat untuk orang ramai.

ADUN Tellian Royston Valentine berkata, penerima geran perlu memaklumkan kepada yang lain setelah menerimanya.

Royston merakam kenangan bersama penerima geran pada majlis tersebut.

“Sekiranya ia diterima oleh Ketua Kampung, mereka perlu memaklumkan kepada penduduk supaya mereka juga maklum akan perkara ini.

“Dengan adanya geran tersebut, diharapkan ia dapat digunakan bersama penduduk kampung di kawasan masing-masing serta ahli kelab yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Geran MRP Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, di Pusat Khidmat Tellian, hari ini.

Sehubungan itu, Rosyston turut mengingatkan penerima geran agar menghantar laporan berkenaan aktiviti yang telah dilaksanakan.

Jelasnya, ia penting untuk menunjukkan setiap rekod perbelanjaan yang digunakan.

Dalam pada itu, seramai 51 penerima geran MRP DUN Tellian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM485,000.

Penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kelab, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan.

Selesai penyampaian geran MRP, Royston meneruskan Majlis Jamuan santai Aidilfitri Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Tellian dan Pusat Khidmat Tellian bersama tetamu yang hadir.

Melalui majlis tersebut, secara tidak langsung ia dapat mengeratkan silaturahim.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau