ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing bersama-sama penerima MRP di Dewan Pejabat Daerah Bintangor pada Khamis. | Foto DUN Meradong.

Geran MRP RM264,500 disalur kepada 69 penerima di Meradong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Sejumlah RM264,500 geran bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada 69 wakil daripada pelbagai agensi dan pertubuhan di daerah Meradong, pada Khamis.

Para penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), agensi kerajaan, sekolah, kampung serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi tujuan menjalankan pelbagai program pembangunan komuniti di sini.

Majlis penyerahan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Dalam ucapannya, beliau berkata pengagihan geran berkenaan mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar.

Menurutnya, sumbangan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya demi kebaikan masyarakat setempat yang menjadi penerima utama hasil pelaksanaan pelbagai program komuniti.

“Geran ini bertujuan untuk membantu organisasi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang dapat meningkatkan penglibatan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau lagi, bantuan itu diharap dapat memudahkan pelaksanaan aktiviti penduduk agar berjalan dengan lebih teratur dan memberi impak positif kepada rakyat di kawasan masing-masing. — TVS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU