ARTIKEL

Gerawat santuni mangsa kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kebajikan tiga buah keluarga dari Long Terawan, Mulu terus mendapat perhatian apabila menerima barangan keperluan dapur dan wang tunai sumbangan wakil rakyat dan komuniti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkesempatan meninjau keadaan kesemua mangsa sebelum menyalurkan bantuan RM2,000 setiap keluarga.
“Keluarga terbabit turut menerima barangan dapur daripada komuniti sementara saya pula menyumbangkan wang tunai RM2,000 kepada setiap keluarga bagi meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak pada Selasa.
Beliau yang juga Speaker Dun Sarawak berkata, salah satu lot yang didiami oleh tiga keluarga pada satu-satu masa itu turut memohon diberikan satu tapak kediaman.
“Mereka memohon agar diberikan satu lot atau tapak kediaman kerana mereka menumpang di rumah saudara, kita akan berhubung dengan Adun Senadin kelak,” katanya.
Sementara itu, Gerawat Gala turut berterima kasih dengan semua pihak yang tampil memberi sokongan dan bantuan kepada tiga keluarga terbabit.
“Inilah budaya yang perlu generasi muda warisi, apabila berlaku satu bencana atau musibah, komuniti segera membantu mangsa sama ada memberi sokongan moral atau sumbangan lain,” katanya.
Menurutnya, ia adalah salah satu bukti kukuh bahawa masyarakat Sarawak hidup dalam suasana harmoni dan saling memahami keperluan satu sama lain.
“Nasihat saya kepada generasi muda terutama dari rumah panjang, mereka perlu mempelajari budaya dan adat resam serta saling mengunjungi satu sama lain bukan hanya pada musim perayaan tetapi ketika menghadapi bencana,” ujarnya.
Mengambil contoh, jika berlaku kematian atau kemalangan, sepatutnya generasi muda dibawa bersama untuk menziarahi atau mengunjungi rumah keluarga si mati.
“Kita faham ada di kalangan anak muda ini tidak lahir di rumah panjang, sehubungan itu amat penting kita mendedahkan mereka budaya turun temurun agar mereka turut sama mewarisinya,” jelasnya.
Dalam satu lagi lawatannya, Gerawat Gala turut menyalurkan bantuan peralatan asas kepada keluarga mendiang Christina Bala, seorang pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
Beliau turut menyalurkan bantuan tunai RM2,500 bagi pengurusan majlis pengebumian serta peralatan lain seperti peti sejuk, kipas, dapur gas dan sebagainya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan