ARTIKEL

Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu Jadi Ikon Komuniti – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu akan melalui fasa transformasi dalam usaha menjadikannya sebagai sebuah gereja moden yang bukan sahaja berfungsi sebagai pusat keagamaan, tetapi juga ikon sosial dan komuniti di Bintulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan secara berperingkat menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Tanjong Batu dengan fokus kepada penaiktarafan infrastruktur fizikal dan penambahbaikan kemudahan sedia ada.

“Gereja ini bukan sekadar tempat ibadat, tetapi juga platform penting dalam memupuk perpaduan, nilai kekeluargaan dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui pelbagai program komuniti,” katanya ketika merasmikan penutupan Larian Santai Keluarga 2025 Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu, pada Sabtu.

Menurut Johnny Pang, beliau komited untuk terus menyumbang kepada pembangunan rumah-rumah ibadat di kawasan Tanjong Batu termasuk Gereja Methodist Iban Pasar agar ia dapat berkembang selaras dengan keperluan semasa.

“Melihat keadaan fizikal bangunan, termasuk bahagian dinding, saya berpandangan ia wajar dinaik taraf.

“Saya akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan penilaian menyeluruh supaya gereja ini dapat dijadikan sebuah gereja ikonik dan contoh terbaik dalam pembangunan komuniti,” ujarnya.

Difahamkan, kerja-kerja penambahbaikan gereja bermula sejak 2023 menerusi peruntukan RM100,000 bagi pembinaan laluan masuk baharu.

Tahun ini pula menyaksikan suntikan dana sebanyak RM200,000 untuk kerja mengecat semula bangunan, membaiki siling dan bumbung serta menaik taraf pintu masuk utama.

Bagi melengkapkan transformasi tersebut, RM150,000 lagi akan diperuntukkan pada 2026 bagi pembangunan kemudahan tambahan demi keselesaan jemaah dan komuniti sekitar.

Johnny Pang merakam gambar bersama-sama jawatankuasa Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu usai merasmikan penutupan Larian Santai Keluarga 2025.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU