ARTIKEL

Gereja St James, Quop Sambut Ulang Tahun ke-160

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gereja St. James, Quop, salah sebuah gereja Anglikan tertua dalam Diosis Sarawak dan Negara Brunei Darussalam, menyambut Ulang Tahun ke-160 dengan penganjuran ibadat kesyukuran pada Ahad.

Ibadat khas itu akan disampaikan oleh Uskup Kuching, Right Reverend Datuk Danald Jute.

Dengan tema “Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kerana kasih setia-Nya kekal selama-lamanya” (Mazmur 136:3), upacara tersebut menjadi ruang untuk memuji Tuhan serta merenungkan kebaikan-Nya sepanjang perjalanan 160 tahun gereja itu berdiri dan melayani komuniti setempat.

Koir Ulang Tahun 160 Suara, yang menghimpunkan Koir Gereja St. James, Koir Katedral St. Thomas serta koir dari pelbagai gereja lain, akan memimpin pujian dan penyembahan melalui lagu tema “His Love Endures Forever”.

Persembahan budaya oleh Pasukan Kebudayaan Quop serta tarian dan drama turut menyerikan ibadat.

Bagi membolehkan lebih ramai menyertai perayaan bersejarah ini, ibadat akan disiarkan secara langsung, sekali gus memberi peluang kepada ahli gereja yang berada di luar Sarawak untuk turut serta secara dalam talian.

Pelbagai barangan kenangan seperti kemeja-T, cawan, penanda buku dan cenderamata disediakan sebagai tanda ingatan sempena sambutan istimewa ini.

Jemaah juga digalakkan memakai pakaian tradisional masing-masing sebagai simbol perpaduan dalam kepelbagaian budaya.

Vikar Paroki St. James, Reverend Kebin Anak Su-ur, menyeru seluruh jemaah, komuniti Bidayuh serta gereja-gereja jiran untuk hadir bersama-sama.

Beliau menegaskan bahawa ulang tahun ke-160 ini bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menyeru umat untuk terus menjadi berkat kepada masyarakat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU