ARTIKEL

LAWAT…Tiong bersama-sama yang lain mengadakan lawatan ke Gereja St. Peter Padungan, semalam. (FOTO: FB ST PETER’S CHURCH PADUNGAN)

Gereja St. Peter Padungan Berpotensi Jadi Tarikan Pelancongan TMM 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gereja St. Peter Padungan berpotensi diketengahkan sebagai antara produk pelancongan berasaskan warisan dan keagamaan di negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Menurut Gereja St. Peter Padungan, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing semasa mengadakan lawatan rasmi ke gereja tersebut, semalam.

Kehadiran Tiong disambut mesra oleh Rektor Father Vincent Chin.

“Dalam lawatan tersebut, beliau menyatakan minat untuk mempromosikan Gereja St. Peter Padungan sebagai salah satu destinasi pelancongan sempena TMM 2026.

“Pengiktirafan itu mencerminkan kepentingan gereja ini bukan sahaja dari aspek keagamaan, malah nilai sejarah, budaya dan peranannya dalam komuniti setempat,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, komuniti gereja berkenaan turut menzahirkan penghargaan atas lawatan rasmi tersebut dan menyifatkannya sebagai satu penghormatan besar kepada mereka.

Mereka turut menyatakan komitmen untuk terus mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Ini adalah bagi merasai sendiri warisan, kepercayaan serta keramahan komuniti di Gereja St. Peter Padungan,” tambahnya.

Gereja St. Peter Padungan yang terletak di bandar raya ini mempunyai keunikan tersendiri sebagai lokasi warisan yang mampu menarik kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU