ARTIKEL

GIGI EMAS... Satu set gigi palsu Sir Winston Churchill yang dilelong oleh Cotswold Auction Company. - GAMBAR COTSWOLD AUCTION COMPANY

Gigi palsu Sir Winston Churchill berharga lebih RM108,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Hampir sepanjang hidupnya, Perdana Menteri Britain pada zaman Perang Dunia Kedua, Sir Winston Churchill, ada masalah gigi selepas kehilangan beberapa batang gigi ketika berusia 20-an.

Sebab itulah dia meminta agar empat set gigi palsu dibuat untuknya.

Gigi palsu emas yang dipakai Churchill ketika dia menyamaikan ucapannya yang terkenal – “we shall fight them on the beaches” dan ucapan lain yang masyhur, telah dibeli di lelongan dengan harga £18,000 (lebih RM108,000).

Set enam batang gigi atas itu dibentuk untuk mengekalkan telor atau pelat semula jadi Churchill.

Gigi palsu begitu penting sekali baginya sehinggakan dia membawa dua set sepanjang masa bersamanya.

The Cotswold Auction Company, yang mengendalikan lelongan itu, berkata gigi palsu itu dijual pada harga £18,000, lebih dua kali ganda harga panduan £8,000 (lebih48,000).

Empat set gigi palsu dipercayai telah dibuat untuknya, dan sekurang-kurangnya satu set dikebumikan beresamanya, kata akhbar The Guardian.

Sir Winston Churchill, Perdana Menteri dua kali United Kingdom (1940-1945 dan1950-1955)

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha