ARTIKEL

Gillian Lim. fb Bowling Malaysia

Gillian Raih Emas Acara Tenpin Boling Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain boling negara Gillian Lim merangkul pingat emas acara perseorangan wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Asia 2026 selepas mencatatkan jumlah keseluruhan 1,368 jatuhan pin dalam enam permainan di Qatar Bowling Federation Bowling Center, Doha hari ini.

Gillian menguasai kedudukan teratas carta, mengatasi pemain Taiwan Li Yi-Rou yang meraih pingat perak dengan 1,337 jatuhan pin manakala pemain Korea Selatan Baek Seungja memperoleh pingat gangsa dengan 1,328 jatuhan pin.

Pemain Malaysia, iaitu Adelia Nur Irwan Syazalee menamatkan saingan di tempat kesembilan dengan 1,256 jatuhan pin, diikuti Faten Najihah Ahmad Faik di tempat ke-10 (1,250) dan Nur Syazwani Sahar di tempat ke-11 (1,247).

Seorang lagi pemain negara Sin Li Jane menduduki tempat ke-16 dengan 1,219 jatuhan pin manakala Nora Lyana Nastasia Norkamal menamatkan saingan di tempat ke-18 (1,201).

Kejohanan itu berlangsung dari 12 hingga 22 Nov. – BERNAMA

BERITA LAIN

LIGA LUNDU 2026: Fadzio FT muncul juara

LUNDU: Fadzio FT menepati ramalan apabila muncul juara Liga Lundu 2026 selepas menewaskan Bajo Mix FC 2-0 pada aksi final di Kompleks Sukan Lundu, petang

BERITA TERBARU

Pendidikan seksual perlu diperluas kepada remaja

MUKAH: Sebanyak 1,770 kes kehamilan remaja direkodkan di Sarawak pada 2025, mendorong usaha memperkukuh pendidikan seksual dan advokasi menerusi Program Intervensi Sosial: Kesedaran dan Advokasi

LIGA LUNDU 2026: Fadzio FT muncul juara

LUNDU: Fadzio FT menepati ramalan apabila muncul juara Liga Lundu 2026 selepas menewaskan Bajo Mix FC 2-0 pada aksi final di Kompleks Sukan Lundu, petang