ARTIKEL

JOM… Orang ramai diajak memeriahkan Glamping in the City di Padang Merdeka, hujung minggu ini.

“Glamping in the City” pada 18 hingga 19 Januari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utama (DBKU) akan mengadakan “Glamping in the City” di Padang Merdeka pada 18 hingga 19 Januari ini.

Dalam kenyataan DBKU, mereka yang berminat boleh mendaftar masuk pada 18 Januari dan mendaftar keluar kira-kira 10 pagi hari berikutnya (Ahad).

“Menerusi “Glamping in the City”, orang ramai diajak menikmati malam yang cukup mempersonakan, diterangi cahaya bulan dan kerlipan bintang yang jarang-jarang diadakan di tengah bandar,” katanya.

Jelas kenyataan sama, mereka yang berminat boleh mendaftar bermula 3 hingga enam petang (Sabtu) dan mendirikan khemah di tempat masing-masing.

Aktiviti memanggang atau membakar tidak dibenarkan dan peserta diminta menjaga aspek kebersihan dengan membuang sampah di tempat yang disediakan.

Minuman keras juga dilarang, pihak penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian atau kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh aktiviti berlangsung.

Peserta dilarang meletakkan kereta di bahu jalan dan kenderaan boleh diparkir di Saujana, Muzium Budaya Borneo, Electra House, dan Jalan Wawasan (belakang Pejabat Pos).

Masa memunggah peralatan dan perkakas di hadapan Heritage Café adalah sekitar 4 hingga 6 petang (Sabtu) dan 19 Januari (10 pagi sehingga 12 tengah hari).

DBKU turut menyediakan tandas berdekatan Lorong Ban Hock di samping tandas bergerak untuk keselesaan semua.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512 200.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan