ARTIKEL

Glasgow 2026: Siti Aqilah Wanita Pertama Malaysia Raih Perak Angkat Berat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GLASGOW: Atlet angkat berat negara Siti Aqilah Farhana Draman melakar sejarah menjadi wanita Malaysia pertama meraih pingat perak dalam acara itu pada penampilan pertamanya pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di sini, semalam.

Siti Aqilah meraih pencapaian itu selepas menduduki tempat kedua dalam kategori +86 kilogram (kg) pada aksi final yang berlangsung di Scottish Event Campus Armadillo.

Atlet berusia 20 tahun itu mencipta sensasi selepas mengumpul angkatan keseluruhan 253kg menerusi 113kg dalam acara snatch dan 140kg bagi clean and jerk.

Pingat emas menjadi milik Emily Campbell dari England yang mencatat angkatan keseluruhan 278kg, sekali gus memperbaharui rekod temasya manakala atlet Kanada Etta Mae Love meraih gangsa (250kg).

Kejayaan Siti Aqilah menjadi pencapaian terbaik atlet angkat berat wanita Malaysia dalam sejarah temasya sukan empat tahun sekali itu selepas Raihan Yusoff merangkul gangsa dalam kategori 53kg pada edisi Delhi 2010 dan Irene Jane Henry meraih gangsa bagi kategori 48kg di Glasgow 2026.

Acara angkat berat kategori wanita mula dipertandingkan pada Sukan Komanwel Manchester 2002.- BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU