ARTIKEL

GM Klang destinasi pilihan beli-belah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Borong Terbesar di Malaysia, GM Klang membuka tirai 2024 dengan mengadakan Kempen ‘Spend, Download and Redeem’ yang bermula Isnin ini hingga 18 Feb sempena ulang tahun ke-15 pusat borong berkenaan.

Pengurus Kanan Komunikasi Jenama Pusat Borong GM Klang Norsuhaida Othman berkata pengunjung hanya perlu berbelanja minimum di mana-mana kedai di GM Klang serta memuat turun Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang untuk menebus cenderahati eksklusif ulang tahun iaitu bantal custom dari GM Klang.

“Hari penebusan pula akan diadakan pada setiap hujung minggu bermula 20 Jan sehingga berakhirnya kempen,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kempen itu dilaksanakan bagi menghargai sokongan dan kesetiaan para pengunjung yang sentiasa memilih GM Klang sebagai destinasi pilihan membeli belah.

“Sepanjang 15 tahun kewujudan, GM Klang telah memperoleh pelbagai kejayaan dan pencapaian yang meletakkan posisi GM Klang ke tahap sekarang,” katanya.

Selain itu, Norsuhaida berkata pelbagai aktiviti dirangka sehingga hujung tahun ini bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun GM Klang, dan Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang turut dinaik taraf dengan ciri-ciri baharu yang menampilkan pelbagai ganjaran istimewa untuk meningkatkan lagi pengalaman beli-belah buat pengunjung.

“Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam program yang telah dirancang ini bagi samasama menyambut ulang tahun GM Klang yang ke-15,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU