KOTA KINABALU: Golden Land Berhad (“GLB”) secara rasmi melancarkan The Playground @ Kota Kinabalu (Riuh KK Suites), sebuah pembangunan suite komersial ikonik yang membuka lembaran baharu dalam sektor hospitaliti gaya hidup dan penginapan jangka pendek (STR) di Sabah.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah.
Dibangunkan melalui kerjasama antara Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) selaku pemilik tanah, GLB sebagai pemaju, dan Maple Hospitality Group (“MHG”) sebagai rakan pengurusan hospitaliti, projek ini mencerminkan sinergi kukuh antara tiga organisasi yang berkongsi visi untuk memperkasa sektor pelancongan, hospitaliti dan pembangunan bandar di Sabah.
Kerjasama ini turut menandakan kemunculan sulung jenama MapleSuites di Sabah, sekali gus memperkenalkan standard baharu dalam pengurusan penginapan jangka pendek yang profesional dan berdaya saing.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil kerajaan, institusi kewangan, agensi pelancongan, golongan profesional, komuniti perniagaan serta pemain industri.
Kehadiran mereka mencerminkan keyakinan yang kukuh terhadap potensi The Playground @ Kota Kinabalu sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sektor hospitaliti, pelancongan dan pelaburan di Sabah.

Dibangunkan oleh Sembulan Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh GLB, projek ini terdiri daripada sebuah menara sembilan tingkat yang dibina di atas tapak pegangan pajakan seluas 1.63 ekar di Jalan Sembulan Lama.
Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM230 juta, projek ini menawarkan 364 unit suite komersial yang merangkumi studio, suite satu bilik, suite dua bilik dan suite dwi-kunci, serta 13 lot kedai.
Harga unit bermula daripada RM500,000 hingga RM1 juta.
Direka untuk memenuhi keperluan pelancong dan pengembara masa kini, The Playground @ Kota Kinabalu menawarkan lebih daripada sekadar penginapan.
Pembangunan ini menggabungkan keselesaan moden dengan keunikan budaya Sabah, membolehkan pengunjung menikmati suasana yang mengggambarkan kepelbagaian warisan, budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan dalam persekitaran bandar yang moden dan dinamik.
Pendekatan ini mewujudkan pengalaman menginap yang autentik dan bermakna, sekali gus menjadikan The Playground @ Kota Kinabalu sebuah destinasi yang tersendiri di tengah-tengah bandar raya Kota Kinabalu.
“The Playground @ Kota Kinabalu mencerminkan aspirasi kami untuk membangunkan sebuah destinasi yang melangkaui pembangunan hartanah konvensional dengan menggabungkan elemen budaya, gaya hidup dan hospitaliti dalam satu ekosistem yang mampu mewujudkan nilai mampan kepada pemilik, pelabur dan komuniti.
“Sebagai sebuah syarikat tersenarai awam yang diasaskan di Sabah, kami berbangga untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri ini melalui projek-projek yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Projek ini bukan sekadar pembangunan hartanah, tetapi juga simbol keyakinan kami terhadap masa depan ekonomi Sabah serta potensinya sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan utama di rantau ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GLB, Stewart Yap.
Pelancaran The Playground @ Kota Kinabalu menunjukkan keyakinan berterusan terhadap prospek pertumbuhan Sabah serta komitmen sektor swasta dalam membangunkan produk hospitaliti yang inovatif, berkualiti dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan komuniti setempat.
“Pelancaran The Playground @ Kota Kinabalu turut mencerminkan komitmen berterusan GLB untuk memperluaskan pelaburannya di Sabah melalui pembangunan yang mampan, inovatif dan berorientasikan masa hadapan.” kata Stewart Yap.
MapleSuitesBuatKemunculan Sulung di Sabah
MapleSuites akan membuat penampilan sulungnya secara eksklusif di Sabah menerusi The Playground @ Kota Kinabalu.
Diposisikan sebagai jenama hospitaliti butik, MapleSuites memenuhi keperluan pengembara moden yang mencari penginapan bergaya, lancar dan selesa, dilengkapi kemudahan berinspirasikan hotel, reka bentuk dalaman kontemporari berteraskan identiti tempatan, perkhidmatan kaunter hadapan profesional serta pengalaman digital yang lancar untuk tetamu.
“Sabah merupakan antara koridor pertumbuhan sektor hospitaliti paling berpotensi di Malaysia, disokong oleh asas industri pelancongan yang kukuh serta peningkatan permintaan terhadap penginapan jangka pendek yang berkualiti,” kata Pengasas Bersama MHG, Danny Hor.
“Kami percaya kerjasama strategik seperti ini membolehkan kami meningkatkan pengalaman tetamu, di samping mewujudkan nilai mampan kepada pemilik hartanah, pelancong dan keseluruhan ekosistem pelancongan,” katanya.
KonsepBerteraskanWarisan Sabah
The Playground menampilkan gabungan harmoni antara warisan Sabah dan estetika moden.
Pembangunan ini mengangkat elemen Linangkit — seni kraf tradisional Sino-Kadazan-Dusun yang melambangkan seni dan perpaduan — sebagai sebahagian daripada identiti seni binanya.
Asas budaya tersebut diperkukuhkan dengan konsep reka bentuk Modern Memphis yang menampilkan corak geometri berani dan warna-warna terang, sekali gus mewujudkan persekitaran bertenaga tinggi serta mesra media sosial untuk pengembara moden.

Antara tarikanutamapembangunaniniialah:
• Seni Bina Berteraskan Pengalaman: suite komersial pertama di Kota Kinabalu yang direka khusus untuk era media sosial dengan ruang bersama dan reka bentuk dalaman yang fotogenik.
• Hab Gaya Hidup 24/7: antara pembangunan terawal di rantau ini yang menawarkan kemudahan lengkap 24 jam untuk pelancong tempatan dan antarabangsa.
• Pelaburan Tanpa Kerumitan: unit diserahkan dalam keadaan siap berperabot dan diuruskan sepenuhnya oleh MapleSuites, sekali gus menyediakan penyelesaian penginapan jangka pendek yang lancar kepada pemilik.
Selain suite penginapan, pembangunan ini turut menampilkan pelbagai pusat pengalaman yang diinspirasikan daripada mercu tanda semula jadi dan budaya Sabah, termasuk zon permainan pengembaraan, kolam renang berkonsepkan pantai, ruang BBQ dan karaoke komuniti, kawasan permainan kanak-kanak serta lounge santai yang bertemakan ikon seperti Gunung Kinabalu, Pulau Gaya, Sipadan dan Lembangan Maliau.
Visi Bersama untuk Sabah
Kerjasama ini mencerminkan visi bersama GLB dan MHG untuk memperkasakan landskap hartanah dan hospitaliti Sabah menerusi pembangunan yang dirancang secara teliti dengan daya tarikan gaya hidup dan nilai pelaburan yang kukuh.



