ARTIKEL

Poster kejohanan

Golf amal Lions Club sasar RM40,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lions Club of Kuching City menyasarkan kutipan RM40,000 menerusi Kejohanan Golf Amal 2026 ‘Swing for a Cause’ di Kelab Golf Sarawak (KGS), di sini, pada 11 Oktober ini.

Menurut kenyataan, dana itu akan digunakan bagi membiayai projek kemanusiaan dan khidmat komuniti kelab yang merangkumi lapan bidang tumpuan Lions Clubs International, termasuk penglihatan, kelaparan, diabetes, kanser kanak-kanak, alam sekitar, belia dan bantuan bencana.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian turut menggalakkan orang ramai dan sektor korporat menyokong usaha berkenaan ketika menerima kunjungan hormat delegasi Lions Club of Kuching City di Wisma Bapa Malaysia, baru-baru ini.

Kejohanan itu berlangsung dari jam 6.30 pagi hingga 2 petang dengan yuran penyertaan RM250 bagi ahli dan ahli gabungan KGS, manakala peserta bukan ahli dikenakan RM300.

Orang ramai dan syarikat boleh menyumbang menerusi tajaan atau sumbangan kepada tabung berkenaan.

Kejohanan dianjurkan di bawah naungan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Sementara itu, Lions Club of Kuching City sebelum ini menganjurkan kempen ‘Go Bald’ bagi mengumpul dana untuk Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS), yang berjaya mengutip lebih RM34,000.

Seramai 11 peserta terdiri daripada empat Lions, empat Leos dan tiga Friends of Lions mencukur kepala sebagai tanda solidariti terhadap kanak-kanak yang berdepan kanser.

Delegasi kunjungan hormat itu diketuai Pengerusi Penganjur Lion Datuk Dr Zulkifli Jantan bersama Pengerusi Bersama Penganjur dan Presiden terdahulu Vincent Tan, Presiden Hon Wi Sing serta Lion Haji Baharuddin Mokhsen.

Mereka yang berminat menyertai, menaja atau menyumbang boleh menghubungi Dr Zulkifli menerusi e-mel yang disediakan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU