ARTIKEL

Johnny Pang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Kejohanan Golf Amal 2025 sempena ulang tahun ke-50 Lions Club Bintulu Host di Kelab Golf Bintulu, Sabtu petang.

Golf Amal sempena 50 Tahun Lions Club bukti semangat kebersamaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penganjuran Kejohanan Golf Amal 2025 sempena ulang tahun ke-50 Lions Club Bintulu Host membuktikan sukan bukan sekadar medan rekreasi, tetapi juga wadah mengukuhkan semangat kebersamaan serta budaya memberi kembali kepada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata kejohanan itu melambangkan kekuatan kerjasama komuniti setempat, ahli kelab dan pemain golf dalam menjayakan usaha kebajikan.

“Separuh abad perkhidmatan Lions Club Bintulu Host adalah pencapaian amat membanggakan. Kejohanan ini bukan sahaja meraikan sukan golf, malah menzahirkan semangat memberi yang membawa manfaat kepada rakyat Bintulu,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Kejohanan Golf Amal 2025 di Kelab Golf Bintulu, Sabtu petang.

Pang turut menaja hadiah Hole-in-One bernilai RM10,000 di Lubang 3 yang akhirnya disalurkan kepada projek kebajikan kelab tersebut selepas tiada pemenang diumumkan.

“Tiada kerugian, sebaliknya ia keuntungan untuk masyarakat. Inilah tujuan sebenar kita berkumpul — menjadikan sukan sebagai jambatan kebajikan,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta menyeru Lions Club terus melaksanakan projek dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pembangunan masyarakat.

Johnny Pang merakam gambar bersama jawatankuasa penganjur Kejohanan Golf Amal 2025.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU