ARTIKEL

Golongan muda turut terancam penyakit jantung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan muda kini turut terancam oleh penyakit jantung yang terus menjadi antara masalah kesihatan utama di Malaysia.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata kebimbangan itu menuntut orang ramai daripada setiap peringkat umur supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Menurutnya, kesedaran mengenai faktor risiko dan pengesanan awal perlu dipertingkat bagi mencegah ancaman penyakit maut itu.

“Pencegahan bermakna anda juga perlu mengetahui bacaan kesihatan anda, termasuk tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia di Dewan Suarah Kuching, hari ini.

Sim bersama tetamu kehormat lain turut serta dalam aktiviti Hari Jantung Sedunia di Dewan Suarah Kuching, hari ini. – Gambar Ukas

Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata kualiti rawatan jantung di negeri ini akan sentiasa dipertingkatkan, terutama menerusi Pusat Jantung Sarawak yang tersenarai dalam 100 pusat jantung terbaik di rantau Asia Pasifik selama empat tahun berturut-turut.

Pada masa yang sama, beliau berkata Yayasan Jantung Sarawak perlu terus memainkan peranan penting dalam memperluas pendidikan dan kesedaran awam mengenai pencegahan penyakit jantung, selain menyokong usaha menggalakkan masyarakat mengutamakan kesihatan.

Sambutan Hari Jantung Sedunia membawa mesej ‘Jangan Terlepas Satu Degupan’ yang mengingatkan masyarakat bahawa setiap individu mempunyai peranan dalam menjaga kesihatan jantung melalui pencegahan dan tindakan awal.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jantung Sarawak, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jantung Sarawak, Dato Anne Teng.

BERITA LAIN

Kertas kuning bukan jaminan projek diluluskan

PAKAN: Semua Tuai Rumah digesa lebih proaktif memastikan kertas kerja permohonan projek pembangunan komuniti disediakan dengan lengkap dan dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan

BERITA TERBARU

Kertas kuning bukan jaminan projek diluluskan

PAKAN: Semua Tuai Rumah digesa lebih proaktif memastikan kertas kerja permohonan projek pembangunan komuniti disediakan dengan lengkap dan dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan