ARTIKEL

Gong Xi Fa Cai dirai seluruh S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tahun Baharu Cina bukan eksklusif untuk masyarakat Cina, tetapi diraikan oleh seluruh rakyat Sarawak.

Ini yang digambarkan oleh Parti PBB Cawangan N8 Satok semalam apabila ahli-ahlinya yang diketuai Timbalan Ketua Cawangan, Datuk Ibrahim Baki menyampaikan hadiah sempena ‘Gong Xi Fa Cai’ di Thompson Corner semalam.

Sebanyak 500 pek hadiah disampaikan Ibrahim yang jugam Penolong Setiausaha Agung PBB Negeri ketika enyantuni hadirin di sekitar kawasan tersebut.

Program yang melambangkan ‘Perpaduan Sarawak’ itu dianjurkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Green Road.

Turut hadir pengerusi penganjur program Joseph Chan Fan Chang; Pengerusi JKKK Green Road Kapitan Tan Kok Chiang; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri merangkap Setiausaha PBB Cawangan Satok Abdul Samad Gani; Ketua Pemuda PBB Satok Dzamaluddin Zainuddin dan Temenggung Datuk Helmi Mohd Gol.

Turut hadir Penasihat Eksekutif Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Michael Teo; Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee dan PengerusiJawatankuasa Pengurusan Sekolah Rendah Chung Hua No 1-6 Datuk Wong Tiok Hook.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU