ARTIKEL

Google tangguh pelancaran Bard di EU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Google perlu menangguhkan pelancaran bot sembang kecerdasan buatannya Bard di Kesatuan Eropah (EU) kerana syarikat itu memberikan maklumat yang tidak mencukupi akan cara alat AI melindungi privasi orang Eropah, kata Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland, penyelia data utama Google di bawah Peraturan Perlindungan Data Am EU, lapor Sputnik.

“Google baru-baru ini memaklumkan Suruhanjaya Perlindungan Data akan hasratnya untuk melancarkan Bard di EU minggu ini… (badan pemantau) tidak mempunyai sebarang taklimat terperinci mahupun melihat penilaian kesan perlindungan data atau sebarang dokumentasi sokongan pada ketika ini,” kata Timbalan Pesuruhjaya, Graham Doyle.

Beliau berkata Bard tidak dilancarkan minggu ini. Badan pemantau Ireland meminta penilaian terperinci dan jawapan Google akan cara AI mematuhi peraturan perlindungan data EU sebagai perkara yang mendesak dan sedang menunggu jawapannya.

Isu itu berada di bawah pemeriksaan berterusan oleh badan pemantau yang memberikan maklumat kepada agensi data Eropah yang lain secepat mungkin.

Bard merupakan bot sembang AI percubaan dan perbualan Google yang diperkenalkan pada 6 Februari, yang pada mulanya dikuasakan oleh Model Bahasa Google untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) dan kini dikuasakan oleh model bahasa besar (LLM) PaLM 2 yang paling maju syarikat, dan direka bentuk untuk berfungsi sama ke OpenAI’s ChatGPT.

Bagaimanapun, tidak seperti ChatGPT, Bard mampu menarik maklumat daripada Internet.

Model bahasa ChatGPT yang dilancarkan pada akhir November menerima ulasan bercampur untuk keupayaannya meniru perbualan manusia dan menghasilkan teks unik berdasarkan input pengguna.

Ada yang memuji model itu kerana aplikasi profesionalnya, seperti pembangunan kod, manakala yang lain mengkritik potensinya untuk disalah guna seperti pelajar menggunakan model itu untuk menulis esei. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik