Goreng ikan di dapur punca kebakaran rumah

LIMBANG: Mengoreng ikan di dapur punca kebakaran sebuah rumah di Kampung Melangangai, di sini awal pagi tadi.

menurut Siamjah Mudi, 46, salah seorang penghuni rumah terbabit, kebakaran berpunca dari dapur semasa isterinya sedang menggoreng ikan.

Katanya, pada masa itu isterinya sedang menggoreng ikan untuk makan tengah hari keluarganya.

“Namun tiba-tiba api dapur gas tersebut menyambar ke dinding rumah.

“Api melarat dengan cepat tanpa sempat berbuat apa-apa,” ujarnya semasa ditemui pihak Suara Sarawak.

Kebakaran yang menyebabkan kemusnahan 100 peratus itu menyebabkan Siamjah sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

“Tiada satupun barang atau baju sempat kami selamatkan.

“Namun kami sekeluarga berjaya menyelamatkan diri sebelum rumah mereka musnah dijilat api,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkesempatan melawat mangsa bagi menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban keluarga terbabit.

Diharapkan dengan sumbangan diberikan dapat membantu meringankan sedikit beban keluarga terbabit.

Suara Sarawak