ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Kongres Perancangan Kebangsaan 2026 dan MyCity Expo 2026 di Petaling Jaya, hari ini. | Foto: TVS

GPS belum muktamadkan calon GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih belum memuktamadkan senarai calon yang bakal mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Sarawak ke-13.

Pengerusinya yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan berhubung senarai calon belum dibuat kerana tarikh penamaan calon masih belum ditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Kongres Perancangan Kebangsaan 2026 dan MyCity Expo 2026 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mandat penuh yang diberikan parti-parti komponen GPS kepada beliau untuk menentukan calon gabungan itu bagi menghadapi PRN Sarawak akan datang.

Rabu lalu, Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan semua parti komponen GPS memberikan mandat penuh kepada Abang Johari untuk menentukan senarai calon gabungan itu.

Katanya, persetujuan berkenaan dicapai dalam mesyuarat GPS sebelum ini dan turut mendapat sokongan sebulat suara Majlis Kerja Tertinggi PBB.

Pada PRN Sarawak 2021, GPS yang terdiri daripada empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Bagi PRU Sarawak ke-13, GPS sebelum ini mengesahkan kesediaannya bertanding di kesemua 82 kerusi DUN.

BERITA LAIN

Bakat hoki Mukah berpotensi wakili Sarawak

MUKAH: Kejayaan seorang pemain hoki dari Bahagian Mukah mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor membuktikan potensi bakat tempatan untuk diketengahkan ke

BERITA TERBARU

Bakat hoki Mukah berpotensi wakili Sarawak

MUKAH: Kejayaan seorang pemain hoki dari Bahagian Mukah mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor membuktikan potensi bakat tempatan untuk diketengahkan ke