ARTIKEL

GPS cipta rekod di Dun Tanjong Batu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Impian calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming untuk memastikan legasi politik bapa dan anak berakhir, tercapai apabila beliau berjaya merampas kerusi itu dari Parti Tindakan Rakyat (DAP) dengan majoriti tipis 23 undi.

Calon GPS itu berjaya memperoleh 4,092  undi menewaskan musuh tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu yang diwakilinya apabila menewaskan anak penyandang kerusi Dun empat penggal itu, Tony Chiew Chan Yew yang sekadar memperoleh 4,069 undi.

Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Tang Eng Hui memperoleh 1,071 undi manakala Andy Yek Hock Siang dari Parti Bumi Kenyalang memperoleh 2,204 undi.

Calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chieng Lea Phing dan Bebas, Wong Hau Ming pula masing-masing memperoleh 93 dan 38 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri Sarawak Dun Tanjong Batu, Abdul Rahim Abdullah menolak permohonan calon DAP Tony Chiew untuk penjumlahan semula keputusan undi bagi Dun berkenaan.

Terdahulu, Tony Chiew meminta telah meminta   pengiraan semula undi untuk Dun Tanjong Batu kerana margin undi yang tipis.

Bercakap kepada pemberita di pusat penjumlahan di Wisma Bintulu, beliau berkata, berdasarkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 (13), calon boleh menuntut pengiraan semula jika margin antara undian tertinggi dan kedua tertinggi ialah empat peratus atau kurang.

“Kami hanya menulis surat kepada pegawai pengurus pilihan raya, kami menuntut pengiraan semula keputusan Tanjong Batu,” katanya.

Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Dun Tanjung Batu menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon GPS, DAP, PSB, PBK, ASPIRASI dan Bebas.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU