ARTIKEL

GPS mahu Kerajaan Perpaduan stabil, tingkat martabat negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahukan sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil dan kuat supaya ia dapat menumpukan tenaga untuk meningkatkan martabat negara pada peringkat antarabangsa.

Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia perlu berada dalam kedudukan yang kompetitif dengan negara-negara jiran khususnya Indonesia yang sedang membangunkan ibu negara baharu Nusantara di Kalimantan.

Sehubungan itu, Premier Sarawak itu berkata Kerajaan Perpaduan perlu menumpukan usaha kepada soal pembangunan antara wilayah khususnya bagi negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

“Kedudukan kerajaan (Persekutuan) mesti melihat pada masa depan negara yang berdepan dengan banyak cabaran dan bersaing dengan jiran kita.

Bila kita lihat (negara) jiran kita membangun, Malaysia juga perlu membangun sama. 

“Misalnya di Sarawak, berjiran dengan Kalimantan iaitu Nusantara akan dibangunkan.

Apakah Malaysia di Sarawak hanya tengok sahaja?

Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beri peruntukan besar untuk pembangunan di Sarawak,” katanya dalam ucapan ketua-ketua pemimpin parti pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan semalam adalah julung kali diadakan, yang menghimpunkan lima gabungan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Abang Johari berkata Kerajaan Perpaduan juga perlu melaksanakan reformasi ekonomi negara berdasarkan bidang ekonomi baharu yang lebih mampan dan berteraskan tenaga diperbaharui serta menggunakan kemampuan anak watan.

Premier Sarawak itu seterusnya memberi jaminan Sarawak akan terus memainkan peranan dalam membantu merangka segala usaha membangunkan Malaysia.

“GPS akan terus bersama dengan Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk bersama-sama membangun negara tercinta ini,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU