ARTIKEL

TANGKAP LAYAR... Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

GPS pemangkin kestabilan negara– Sharifah Hasidah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memainkan peranan penting sebagai pemangkin kestabilan politik dan ekonomi negara di peringkat nasional.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, GPS kini dihormati oleh rakan dan lawan politik berikutan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan serta hasil negeri yang tertinggi dalam sejarah Sarawak.

“Prestasi kita menjadikan kita lebih bangga untuk menyebut diri kita sebagai ‘anak Sarawak’,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Beliau berkata, nama Sarawak kini semakin dikenali di persada antarabangsa apabila pelabur luar menunjukkan minat yang tinggi terhadap Sarawak sebagai hab pelaburan masa depan, khususnya dalam sektor ekonomi bersih, karbon sifar dan hidrogen.

“Premier Sarawak turut menerima jemputan ke pelbagai negara untuk menyampaikan ucaptama mengenai ekonomi bersih dan tenaga boleh diperbaharui.

” Ini meletakkan Sarawak dalam radar dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Sharifah Hasidah turut menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang disifatkannya sebagai asas kepada pembentukan Malaysia.
Beliau turut menekankan bahawa segala tindakan kerajaan Sarawak adalah berlandaskan undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan, MA63, Laporan IGC, Perlembagaan Negeri dan undang-undang negeri.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan