ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Hari Integriti DBOS di Kuching hari ini.

GPS tunggu isyarat PM untuk rundingan tambah kerusi Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia untuk terus berunding dengan Putrajaya bagi mencapai pertambahan satu pertiga kerusi Parlimen bagi wilayah itu.

Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penambahan konstituensi itu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan prerogatif Perdana Menteri.

“Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri sebab bersetuju untuk menambahkan kerusi Parlimen.

“Sama ada ia boleh menepati satu pertiga, kita runding kerana Parlimen terpulang kepada Kerajaan Persekutuan, terpulang pada Perdana Menteri.

“Kita tengok macam mana nanti. Kalau beliau panggil, kita rundinglah. Kalau tidak panggil, diam dulu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Integriti Bank Pembangunan Sarawak Berhad (DBOS), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa kerajaan secara dasarnya bersetuju menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak mengambil kira jumlah pengundi di kedua-dua negeri terbabit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, setakat ini tiada komitmen untuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sehingga satu pertiga daripada keseluruhan kerusi, namun kerajaan komited untuk menambah bilangan kerusi mengikut keperluan.

Katanya, penambahan kerusi itu juga antara perkara yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JКТМТРМ63).

Pada masa ini, Sabah dan Sarawak masing-masing memiliki 25 dan 31 kerusi Parlimen.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU