ARTIKEL

Mohamad Nazri ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak Tahun 2026, Sidang 3 di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, hari ini.

Graduan PolyCC Sarawak perlu jadi aset penting negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Siswazah Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sarawak perlu tampil sebagai aset penting negara dalam mendepani era automasi, digitalisasi dan teknologi hijau menerusi kemahiran berimpak tinggi yang dimiliki.

Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Mohamad Nazri Ismail berkata graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar memiliki sijil dan diploma, tetapi turut dilengkapi dengan kemahiran yang menjadi tunjang kepada industri moden, penggerak inovasi dan aset penting dalam pembangunan negara.

Bagaimanapun, katanya, dunia luar sedang menanti siswazah dengan landskap ekonomi yang dinamik dan mencabar.

“Jadi, gunakanlah ilmu yang telah ditimba di PolyCC untuk meneroka peluang, mencipta solusi dan membina kerjaya yang cemerlang.

“Jangan gentar untuk melangkah kerana dalam dunia TVET, setiap cabaran adalah ruang untuk kita mengasah kemahiran menjadi lebih tajam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak Tahun 2026, Sidang 3 di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kejayaan graduan yang diraikan pada majlis berkenaan turut didukung oleh pengorbanan ibu bapa, keluarga dan tenaga pengajar yang sentiasa memberikan sokongan serta doa sepanjang tempoh pengajian.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat ibu bapa, keluarga dan barisan tenaga pengajar.

Sokongan dan doa tanpa henti yang diberikan juga menjadi tiang sandaran kejayaan anak-anak kita pada hari ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada industri yang menjadi antara tonggak penting dalam memperkukuh pendidikan TVET melalui jalinan kerjasama strategik, pemindahan teknologi dan program latihan industri.

Menurutnya, kerjasama berkenaan membantu memastikan kurikulum yang ditawarkan PolyCC sentiasa dipacu oleh industri (industry-driven) serta relevan dengan keperluan pasaran semasa.

“Melalui jalinan kerjasama strategik, pemindahan teknologi dan program latihan industri yang mantap, anda telah membantu kami memastikan kurikulum yang ditawarkan sentiasa industry-driven dan relevan dengan keperluan pasaran semasa,” tegasnya.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meraikan seramai 547 graduan pada sidang ketiga Majlis Konvokesyen PolyCC Zon Sarawak bagi tahun 2026.

Penyampaian diploma dan sijil disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Daud Isa kepada 91 graduan Politeknik Kuching, 372 graduan Politeknik Mukah, 50 graduan Kolej Komuniti Mas Gading, 24 graduan Kolej Komuniti Miri dan 10 graduan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan beberapa anugerah, iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang (Kolej Komuniti), Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Politeknik), Anugerah Projek Terbaik (Penyelidikan dan Inovasi), Anugerah Khas (Proaktif) dan Anugerah Khas (Industri).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU