ARTIKEL

DIRAI... Antara graduan PolyCC yang hadir pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak 2026 di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hari ini.

Graduan TVET perlu berani meneroka peluang era digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Segulung sijil dan diploma bukan lagi sekadar tiket untuk memasuki alam pekerjaan, sebaliknya graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) perlu memanfaatkan kemahiran yang dimiliki untuk mencipta peluang serta menjadi penggerak perubahan dalam industri masa kini.

Pengarah Politeknik Kuching Sarawak Mohamad Nazri Ismail berkata graduan TVET memiliki kemahiran berimpak tinggi yang menjadi tunjang industri moden, khususnya ketika negara berdepan perubahan pesat dalam automasi, pendigitalan dan teknologi hijau.

Katanya, graduan perlu menggunakan ilmu yang ditimba di Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) untuk meneroka peluang, mencipta penyelesaian serta membina kerjaya yang cemerlang.

“Jangan gentar untuk melangkah kerana dalam dunia TVET, setiap cabaran adalah ruang untuk kita mengasah kemahiran menjadi lebih tajam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak 2026 di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, Mohamad Nazri memberitahu bahawa landskap ekonomi yang dinamik dan mencabar memerlukan graduan yang bukan sahaja memiliki kelayakan akademik, malah mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan industri serta teknologi.

Menurutnya, kemahiran yang dimiliki graduan TVET menjadikan mereka antara aset penting negara dalam memacu perkembangan industri, inovasi dan perubahan teknologi.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada rakan industri yang terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh pendidikan TVET menerusi kerjasama strategik, pemindahan teknologi dan program latihan industri.

Katanya, kerjasama berkenaan membantu memastikan kurikulum yang ditawarkan sentiasa dipacu industri dan kekal relevan dengan keperluan pasaran semasa.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa, keluarga dan tenaga pengajar yang menjadi antara tonggak kejayaan graduan, selain mengiktiraf komitmen jawatankuasa penganjur dan urus setia dalam menjayakan majlis berkenaan.

Kata Mohamad Nazri, kejayaan yang diraikan pada hari ini ialah hasil titik peluh, pengorbanan dan iltizam yang tinggi graduan sepanjang tempoh pengajian.

Justeru, beliau menyeru graduan supaya menjadi duta terbaik yang mampu menjulang nama PolyCC di persada negara serta terus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

“Detik bersejarah hari ini bukanlah titik akhir, bahkan langkah mula rangkaian kejayaan kehidupan anda,” ujarnya.

BERITA LAIN

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier

BERITA TERBARU

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier