ARTIKEL

Guna bahasa wakili semua kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: DBKU sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam banyak perkara, kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU itu berkata, DBKU sentiasa menerima sekiranya ada pihak yang ingin mengadakan perbincangan dengan mereka.

“Bagaimanapun, kita perlu akur bahawa setiap keputusan yang dibuat terpulang kepada pihak pengurusan DBKU. “Kita berharap agar mereka membawa cadangan dapat akur dengan keputusan yang dikeluarkan oleh DBKU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Khas Berkenaan Isu Menampal Pelekat Pada Papan Tanda Nama Jalan Tanpa Kebenaran Pihak Berkuasa di Perpustakaan Bandar Raya, di Majma Mall di sini, kelmarin.

Dalam hal berkaitan, beliau menegaskan bahawa DBKU mengambil pendekatan untuk menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Malaysia pada papan tanda jalan di kawasan mereka.

“Ini kerana, dalam konteks penggunaan bahasa untuk papan tanda jalan di kawasan DBKU, ia lebih elok menggunakan satu bahasa untuk mewakili semua kaum, iaitu bahasa Malaysia.

“Bahasa tersebut boleh diterima dan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, ia juga merupakan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menjelas lanjut isu tersebut, beliau menambah bahasa-bahasa lain bebas digunakan oleh semua pihak kerana Sarawak mempunyai banyak bahasa.

“Bagaimanapun, tindakan melekatkan papan tanda jalan dengan bahasa Cina boleh membawa kepada ketegangan antara kaum. “Oleh kerana Sarawak mempunyai banyak bahasa, sekiranya bahasa Mandarin digunakan selain daripada bahasa Malaysia sudah pasti pihak yang lain juga ingin mengetengahkan bahasa ibunda masing-masing,” ujarnya lagi.

Pada 20 Ogos lalu, pihak Dapsy telah melekatkan tulisan Cina pada papan tanda jalan di sekitar Bandar Raya Kuching yang melibatkan Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang, dan Jalan Green Hill.

Pihak Dapsy mendakwa bahawa DBKU telah menghapuskan tulisan Cina pada papan tanda jalan di kawasan terbabit.

BERITA LAIN

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Ujian Hidup Bella Astillah

PELAKON Bella Astillah baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz. Perceraian ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah