ARTIKEL

Guna dua helikopter ke Kampung Tuba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bantuan makanan bagi Dun Balai Ringin diteruskan pada hari kelima semalam yang turut menggunakan pengangkutan udara.

Adun Balai Ringin merangkap Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata, seramai 19 anggota dari bilik gerakan operasi menyalurkan bantuan terbabit yang dibantu oleh 18 tentera.

“Operasi bantuan makanan dihantar melalui udara dengan menggunakan dua buah helikopter menuju ke kampungkampung yang agak jauh supaya ia sampai dengan segera.

“Maka, saya berharap bantuan ini dapat meringkankan beban penduduk kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Snowdan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak tentera dan kakitangannya di Pusat Khidmat Dun Balai Ringin yang menjayakan misi terbabit.

Penghantaran bantuan makanan menggunakan dua buah helikopter ke Kampung Tuba, 80 kilometer dari Pekan Balai Ringin.

Sebanyak 75 ketua isi rumah (KIR) Kampung Tuba menerima bantuan tersebut yang terdiri daripada beras, telur, gula dan sebagainya.

Malah, penghantaran bantuan makanan ke kampung berkenaan memerlukan dua perjalanan bagi dua buah helikopter terbabit.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi