ARTIKEL

Guna duit poket sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kebanyakan guru di Sarawak menggunakan wang sendiri untuk mengendalikan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah berkata, kebelakangan ini para guru berbelanja lebih kerana perlu menyediakan data khas untuk PdPR yang selama ini tidak perlu mereka lakukan.

Tambahnya, mereka juga perlu membeli peranti dan ada yang membeli perisian khas bagi menyediakan pelajaran yang menarik dan berkesan untuk murid mereka.

Manakala, di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai liputan Internet, guru menggunakan kaedah fotostat dan mengagihkan latihan kepada murid.

“STU percaya guru masa kini sudah memahami proses kerja semasa PdPR dan tiada masalah dari segi pelaksanaannya, cuma yang akan menjadi beban ialah kos untuk menyediakan bahan PdPR yang selalunya ditanggung oleh guru sendiri.

“Selepas itu, sudah tentu ada guru yang akan mengambil inisiatif menaiki motosikal untuk menghantar dan mengambil latihan murid mereka.

.…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Apr 2021

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU