Trending

Guna duit sendiri bantu orang susah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak sangat diberkati kerana rakyatnya bersama-sama membantu orang yang memerlukan pada waktu sukar, kata Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang.

Berucap pada Majlis Penghargaan Persatuan Gerakan Kemajuan Kota Padawan, Khere Chiang berkata, beliau berterima kasih kepada persatuan itu kerana bersama-sama turun padang membantu orang dalam kesusahan di Kota Padawan.

“Saya bangga berada di sini kerana anda semua telah menyumbang ke arah kebaikan, membantu dalam cara dan lain apabila menghadapi waktu sukar dengan membantu yang susah dan memerlukan.

“Kita diberkati dan terima kasih atas kesemua bantuan anda,” tegasnya

Menurutnya, persatuan tersebut menggunakan wang sendiri untuk membantu mereka yang dalam orang dalam kesusahan.

Pada masa yang sama, Khere Chiang mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan kebersihan kendiri yang tinggi.

“Kita dapat mengawal penularan Covid-19 dengan baik kerana semua orang berdisiplin dan oleh itu, terus patuhi pada SOP yang ditetapkan,” tambahnya.

Pada majlis itu, Khere Chiang menerima sijil pelantikan sebagai penasihat persatuan oleh Presiden Gerakan Kem.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru