ARTIKEL

Guna pendapatan kedua beli rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NIBONG TEBAL: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mencari mekanisme untuk membolehkan pendapatan sampingan golongan berpendapatan rendah B40 dijadikan sokongan kepada pembiayaan pembelian hartanah.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagaimana untuk memanfaatkan golongan B40 yang terlibat dalam pekerjaan ke-2 seperti pemandu Grab, peniagaan atas talian, peniaga dan sebagainya agar mereka dapat menggunakan pendapatan yang diperoleh untuk pemilikan rumah.

“Golongan B40, terutamanya yang melibatkan diri dalam pekerjaan ke-2, ke-3 dan ke-4, duit yang diterima daripada pekerjaan ini jangan dibelanjakan kepada perkara yang tidak berfaedah. Biar mereka kumpul dan menyasarkan untuk membeli rumah. Jadi, mereka akan menjadi pemilik aset dan hartanah.

“Ini yang kita nak galakkan dalam kalangan B40 agar mereka juga menjadi pemilik hartanah. Kalau tidak pemilik hartanah kebanyakannya orang kaya sahaja.

“Jadi, inilah masanya untuk golongan B40 juga terlibat dalam pemilikan hartanah negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Jualan Projek Perumahan JKP Sdn Bhd, di Taman Ilmu di sini semalam.

Beliau berkata, menurut pihak Grab, ada pemandunya yang konsisten mempunyai pendapatan yang sangat tinggi.

“Saya dah berbincang dengan Grab yang mana pendapatan pemandu Grab masuk dalam sistem. Di situ saya tengah kaji mekanismenya bagaimana pendapatan Grab boleh kita manfaatkan untuk membeli rumah.

“KPKT akan melihat cara mendalam bagaimana kita nak manfaatkan golongan ini agar mereka boleh dapat pemilikan rumah melalui bayaran gaji mereka dalam bisnes Grab,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida mengalu-alukan inisiatif pihak pemaju termasuk agensi kerajaan, swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang turut serta dalam membina rumah mampu milik untuk golongan B40.

Beliau berkata, kerancakan pihak pemaju membina rumah mampu milik untuk golongan itu membolehkan KPKT merealisasikan sasaran kerajaan iaitu membina 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun.

“Ketika ini JKP Sdn Bhd adalah satu agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab membina perumahan untuk bumiputera di Pulau Pinang.

“JKP hanya satu-satunya agensi yang ada di seluruh negara. Ini satu perkara yang boleh kita kaji sama ada untuk mewujudkan agensi seumpama ini di negeri lain,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggalakkan pihak pemaju untuk memperbanyakkan pembangunan dan pembinaan perumahan di kawasan Seberang Perai di negeri ini berikutan pembangunan yang padat di bahagian pulau.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di