ARTIKEL

Gunung berapi Nevado del Ruiz dijangka meletus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GUNUNG berapi Nevado del Ruiz yang terletak di sempadan Tolima dan Caldas di Colombia diletakkan di bawah amaran jingga berikutan kemungkinan risiko letusan.

Sejak Selasa, pihak berkuasa memindahkan penduduk yang berada di kawasan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan, menurut Agensi Anadolu.

Letusan gunung berapi itu pernah mencetuskan bencana alam terburuk dalam sejarah negara pada November 1985, menyebabkan lebih 23,000 orang terkorban.

Kerajaan menaikkan tahap amaran pada minggu lalu berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU