ARTIKEL

Gunung berapi Semeru cetus banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUMAJANG (JAWA BARAT): Hujan lebat yang melanda kawasan puncak Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Barat pada Isnin mencetuskan gegaran banjir lahar sejuk selama hampir 1.5 jam selepas letusan berlaku awal hari yang sama, lapor ANTARA.

Seorang pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Berapi Smeru Ghufron Alwi berkata, berdasarkan pemantauan aktiviti seismik gunung itu, gegaran banjir lahar sejuk itu berlaku pada 25 Disember dari 12 malam hingga 6 petang waktu tempatan.

“Kami mendapati gegaran banjir dengan amplitud 15 mm berlaku selama 5,400 saat (1.5 jam),” katanya dalam kenyataan bertulisnya di Lumajang pada Isnin.

Aktiviti seismik gunung tertinggi di Pulau Jawa itu turut melibatkan dua gegaran angin kencang dan dua gegaran tektonik jauh, katanya.

“Gunung berapi itu masih boleh dilihat walaupun ada kalanya diselubungi kabus, manakala asap dari kawahnya tidak kelihatan.

Cuaca antara cerah kepada hujan, dengan angin lemah hingga sederhana bertiup ke utara dan timur laut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bidang Pencegahan, Kesiapsiagaan dan Logistik Badan Penanggulangan Bencana (BPBD) Lumajang Wawan Hadi Siswoyo menggesa penduduk setempat dan pelombong pasir supaya terus berwaspada terhadap aliran lahar sejuk Gunung Semeru.

Beliau berkata, gunung berapi itu masih pada tahap siap siaga yang bermakna orang ramai tidak boleh melakukan sebarang aktiviti di tenggara kawasan pergunungan atau berada dalam lingkungan 13 kilometer dari puncak.

Siswoyo turut menggesa orang ramai supaya tidak berada dalam lingkungan 500 meter dari tebing sungai kerana terdapat kemungkinan kawasan itu terjejas oleh awan panas dan aliran lahar serta terdedah kepada batu berbara.

Beliau berkata, penduduk juga perlu waspada terhadap ancaman awan panas, lahar dan aliran lumpur gunung berapi di sepanjang sungai dan lembah di kawasan Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar, dan Besuk Sat. – Bernama-ANTARA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia