ARTIKEL

Gambar yang ditunjukkan adalah sekadar ilustrasi sahaja.

Gunung berapi Semeru meletus empat kali, letusan abu cecah 800 meter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Gunung berapi Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak empat kali pada Selasa, menghamburkan abu setinggi 800 meter dari puncaknya, menurut Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), lapor Xinhua.

“Letusan pertama berlaku pada 5.55 pagi waktu tempatan, dengan letusan abu mencapai 800 meter ke arah utara, diikuti letusan kedua pada 6.30 pagi dengan ketinggian abu mencecah 700 meter ke timur laut selama 120 saat,” kata Yadi Yuliandi, pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru.

Letusan ketiga berlaku pada 8.41 pagi selama 113 saat, manakala letusan keempat pada 12.08 tengah hari berlangsung selama 135 saat dengan abu setinggi 800 meter.

Gunung berapi setinggi 3,676 meter yang terletak di sempadan Wilayah Lumajang dan Malang itu kini berada pada tahap amaran kedua.

PVMBG mengesyorkan orang ramai agar tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam radius 3 kilometer dan 8 kilometer ke arah tenggara dari puncak gunung, serta mengelakkan kawasan aliran sungai yang berpunca dari Gunung Semeru.

–BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha