ARTIKEL

Gunung Semeru meletus enam kali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Gunung Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak enam kali pada pagi Ahad, dengan kepulan abu mencapai ketinggian sehingga 1,200 meter dari atas puncaknya, lapor Anadolu Ajansi.

Terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang, gunung berapi itu, yang berada dalam fasa aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kini berada pada status amaran Tahap III, menurut agensi berita kerajaan Indonesia, Antara News.

“Satu letusan berlaku pada 5.46 pagi waktu tempatan Ahad (2246 GMT Sabtu), dengan ketinggian kepulan awan mengandungi abu yang diperhatikan mencecah 1,200 meter dari puncak,” kata Liswanto, pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru di Lumajang.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam radius 13 kilometer dari puncak – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu