JAKARTA: Mount Semeru meletus tiga kali pagi Selasa dengan menghamburkan abu gunung berapi setinggi sehingga 1,000 meter di atas puncaknya.
Pegawai Pos Pemerhatian Semeru, Mukdas Sofian berkata dua letusan utama berlaku pada 7.06 pagi dan 7.54 pagi waktu tempatan dengan abu tebal berwarna putih hingga kelabu bergerak ke arah tenggara dan selatan.
Menurut beliau, aktiviti letusan itu direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 22 milimeter dan tempoh letusan melebihi dua minit bagi setiap kejadian.
Terdahulu, gunung berapi tersebut turut meletus pada 5.45 pagi dengan abu setinggi kira-kira 600 meter menghala ke arah barat daya memetik BERNAMA.
Gunung Semeru yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang di Jawa Timur merupakan antara gunung berapi paling aktif di Indonesia dengan ketinggian 3,676 meter.



