ARTIKEL

Guru Matahari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Guru matahari; berjanggut putih, bongkok sabut
mengajar sang bumi melihat dalam matahati
“bebas itu hanya beban di kepalamu”.
Biar burung terbang ke sawah, membawa biji ke kota
langit tetap melengkung, pabila hujan turun ke bumi
manusia-manusia tetap tidur dalam gempa.
Alam ini sudah hilang separuh harganya
musim dingin menyimpan dendam lama
gemuruh kilat mencari rumah musuhnya.
Adakah tiada lagi simpati di jiwa manusia?
tiap hari persengketaan menjadi warna darah
dalam diam masih melontar serakah dan kalbiyah.
“Dongeng-dongeng jahiliah bermula!”
debur tanganmu ke dalam lahar merah bumi
biar bertanggalan daging jiwa yang compang.
Manusia masih belum jadi manusia
berbulu domba serigala buruan
tiap malam meraung sang bulan.


AHMAD Tajuddin Ismail atau nama pena Ahmad Taj merupakan pemuisi tegar dilahirkan pada 13 Oktober 1993 di Limbang, Sarawak. Berumur 27 tahun adalah masa keemasan untuk terus berkembang dan maju ke hadapan. Beberapa kejayaan diperoleh sepanjang perjalanan karier sebagai penulis, antaranya Johan Puisi Islam SMK Agama Limbang 2010, Johan Pemuisi Minggu Kebudayaan Kolej Matrikulasi Labuan 2012 dan Johan Pemuisi Festival Citrawarna Unimas 2013. Kejayaan ini tidak terhenti setakat

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual