ARTIKEL

Dr. Les Met ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak (SELES) Ke-10 di sini, hari ini.

Guru Perlu Beri Lebih Banyak Peluang Murid Guna Bahasa Inggeris Dalam Bilik Darjah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengajaran bahasa Inggeris perlu dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa tersebut tanpa terlalu bergantung kepada kaedah terjemahan bagi meningkatkan keyakinan murid untuk menggunakannya dalam komunikasi seharian.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, pendekatan itu penting bagi membolehkan murid menguasai bahasa Inggeris secara lebih berkesan melalui penggunaan yang konsisten di dalam bilik darjah.

“Guru perlu memberi lebih banyak peluang kepada murid menggunakan bahasa Inggeris di dalam bilik darjah kerana penguasaan bahasa hanya dapat dipertingkatkan melalui amalan yang berterusan.

“Sekolah merupakan tempat terbaik untuk murid mempelajari bahasa Inggeris dengan betul memandangkan kebanyakan mereka tidak menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pertuturan harian di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Dr. Les Met pada Majlis Perasmian Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak (SELES) Ke-10 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Omar berkata, tema simposium tahun ini, ‘From Sarawak to the World: Local Classrooms, Global Opportunities’, mencerminkan aspirasi untuk melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global tanpa mengabaikan nilai, budaya dan identiti tempatan.

Katanya, bahasa Inggeris menjadi medium penting untuk membantu murid mengakses ilmu pengetahuan, berkomunikasi dengan lebih berkesan serta memanfaatkan peluang pendidikan dan kerjaya pada masa depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, SELES selama sedekad menjadi platform penting yang menghimpunkan pendidik bagi berkongsi pengalaman, idea dan amalan terbaik dalam memperkukuh pendidikan bahasa Inggeris di Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua guru bahasa Inggeris atas dedikasi dan profesionalisme mereka dalam membentuk generasi muda yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Justeru, katanya, usaha memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris perlu diteruskan secara konsisten menerusi kerjasama semua pihak bagi memastikan setiap murid di Sarawak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti serta peluang yang lebih luas di peringkat global.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU