ARTIKEL

Guru rugi RM4,000 ditipu kekasih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Akibat terlalu mempercayai kenalan dari luar negara menerusi aplikasi ‘mencari jodoh’ atau ‘Dating online’ (OMI) yang kononnya mahu menjadi pasangan hidup, mengakibatkan seorang guru perempuan yang berusia lingkungan 40-an di sini kerugian RM4,000.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pada 17 Mac lalu, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki bernama Jeffrey Ben Mayne melalui aplikasi OMI.

Menurutnya, dalam tempoh berkenalan, lelaki berkenaan memberitahu dirinya bekerja sebagai arkitek di London.

“Setelah berkenalan hampir sebulan, mangsa telah jatuh cinta. Lelaki itu juga memberitahu dia akan datang ke Malaysia untuk berkahwin dengan mangsa,” katanya.

Menurut Stanley, pada 17 April, Jefrey memaklumkan bahawa dirinya sedang sakit dan perlu menjalani pembedahan dan memerlukan wang sebanyaRM2,000 untuk kos pembedahan.

Ujarnya, Jefrey telah meminta mangsa membuat pembayaran kos pembedahan tersebut selain berjanji akan berkahwin dengan mangsa.

“Pada hari yang sama sekitar jam 7 pagi, mangsa memindahkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaun Maybank 157175223410 atas nama Quah Jia Hui dengan harapan Jefrey akan mengahwininya setelah sembuh,” katanya.

Baca lain  Kementerian Pertahanan salur bantuan RM244 juta jaga kebajikan pesara tentera

Sementara pada 1 Mei lalu, sekitar jam 11 pagi, Jefrey sekali lagi meminta mangsa membantunya membuat pembayaran bil hospital sebanyak RM3,000.

“Mangsa yang tidak menyedari dirinya diperdaya telah memindahkan wang sebanyak RM3,000 ke akaun Agro Bank 2005861000070753 atas nama Suraiya Hani,” ujarnya.

Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah mendapati nombor telefonnya disekat oleh Jefrey.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier